Posts

Showing posts from December, 2017

Persembahan Band SAUA di Majlis Perkahwinan Illa Ainaa & Mohammed Khairul Razin

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada 17 Disember 2017, bertempat di Grand Ballroom Hotel Marriot, IOI Resort City Putrajaya telah berlangsungnya satu majlis perkahwinan anak kepada Y. Bhg Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir dan Y. Bhg Dato' Sri Profesor Dr. Mushrifah Binti Idris. Mereka telah mengundang Band SAUA, bagi memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuan beliau iaitu Illa Ainaa Binti Dato' Afifuddin dan pasangannya Mohammed Khairul Razin Bin Rahimi.  Majlis bertemakan warna merah dan putih telah menjadikan suasana pada majlis tersebut kelihatan amat indah. Band SAUA dibarisi oleh 5 orang pemuzik profesional yang mengiringi persembahan sepanjang majlis resepsi berlangsung.  Band SAUA juga mengundang seorang penyanyi yang cukup berbakat dan pernah menyertai pelbagai pertandingan bakat radio dan TV. Beliau adalah Puan Suria Mawarni (Oya). Beliau juga aktif menyanyi di majlis-majlis korporat dan majlis-majlis rasmi. Suaranya yang lunak dan merdu deng

Persembahan Muzik Asli dan Ghazal SAUA di Majlis Perkahwinan Noraziln Yaakob & Mohammad Iqram Yusoff

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada musim cuti persekolahan di penghujung tahun 2017, kebiasaannya terdapat banyak majlis-majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada ketika itu. Justeru, cuti pada hujung minggu akan dimanfaatkan dengan memenuhi jemputan undangan ke majlis-majlis perkahwinan.  Majlis resepsi diadakan bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan pelanggan. Antaranya adalah di hotel, dewan serbaguna, restoran terkemuka dan di rumah keluarga pengantin sendiri.  Untuk makluman, Kumpulan Kesenian SAUA dibawah naungan ZAMZA Productions ada menawarkan pakej persembahan untuk majlis perkahwinan. Kumpulan tersebut dinamakan Muzik Asli dan Ghazal SAUA.  Kumpulan Muzik Asli dan Ghazal SAUA telah diundang oleh Tuan Haji Yaakob Bin Puteh dan Hajah Azizah Binti Haji Mohamad Yunos bagi memeriahkan lagi di majlis perkahwinan anak perempuannya iaitu Norazlin Binti Yaakob dengan pasangannya Mohammad Iqram bin Yusoff. Majlis ini telah berlangsung pada 16 Disember