Persembahan Muzik Asli dan Ghazal SAUA di Majlis Perkahwinan Noraziln Yaakob & Mohammad Iqram Yusoff


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.




Pada musim cuti persekolahan di penghujung tahun 2017, kebiasaannya terdapat banyak majlis-majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada ketika itu. Justeru, cuti pada hujung minggu akan dimanfaatkan dengan memenuhi jemputan undangan ke majlis-majlis perkahwinan. 

Majlis resepsi diadakan bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan pelanggan. Antaranya adalah di hotel, dewan serbaguna, restoran terkemuka dan di rumah keluarga pengantin sendiri. 

Untuk makluman, Kumpulan Kesenian SAUA dibawah naungan ZAMZA Productions ada menawarkan pakej persembahan untuk majlis perkahwinan. Kumpulan tersebut dinamakan Muzik Asli dan Ghazal SAUA. 

Kumpulan Muzik Asli dan Ghazal SAUA telah diundang oleh Tuan Haji Yaakob Bin Puteh dan Hajah Azizah Binti Haji Mohamad Yunos bagi memeriahkan lagi di majlis perkahwinan anak perempuannya iaitu Norazlin Binti Yaakob dengan pasangannya Mohammad Iqram bin Yusoff. Majlis ini telah berlangsung pada 16 Disember 2017 (Sabtu) pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang di Jalan Keretapi Lama Batu 9, Kapar, Klang Selangor Darul Ehsan.

Kumpulan SAUA dibarisi seramai 7 orang pemuzik termasuk 2 orang penyanyi iaitu saudara Mohd Rozaidy atau nama panggilannya Roger dan Linda Haramaini. Roger merupakan peserta akhir bagi rancangan Dangdut Star pada tahun 2016. Manakala Linda merupakan penyanyi lepasan Akademi Seni Kebangsaan (yang kini dipanggil ASWARA). 

Semasa ketibaan kedua mempelai di pintu masuk, saudara Izmer selaku pemain Violin kumpulan kami telah memainkan gesekan violinnya dan berjalan bersama-sama mengiringi pengantin ke pelamin. Majlis resepsi ini berlangsung dengan meriah sekali.

Berikut antara gambar-gambar yang diambil semasa majlis:






HUBUNGI KAMI SEGERA untuk tempahan:

Comments

Popular posts from this blog

JENIS PERSEMBAHAN YANG DI SEDIAKAN

Persembahan Band SAUA di Majlis Perkahwinan Illa Ainaa & Mohammed Khairul Razin