Persembahan Band SAUA di Majlis Perkahwinan Illa Ainaa & Mohammed Khairul Razin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Pada 17 Disember 2017, bertempat di Grand Ballroom Hotel Marriot, IOI Resort City Putrajaya telah berlangsungnya satu majlis perkahwinan anak kepada Y. Bhg Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir dan Y. Bhg Dato' Sri Profesor Dr. Mushrifah Binti Idris. Mereka telah mengundang Band SAUA, bagi memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuan beliau iaitu Illa Ainaa Binti Dato' Afifuddin dan pasangannya Mohammed Khairul Razin Bin Rahimi. 

Majlis bertemakan warna merah dan putih telah menjadikan suasana pada majlis tersebut kelihatan amat indah. Band SAUA dibarisi oleh 5 orang pemuzik profesional yang mengiringi persembahan sepanjang majlis resepsi berlangsung. 

Band SAUA juga mengundang seorang penyanyi yang cukup berbakat dan pernah menyertai pelbagai pertandingan bakat radio dan TV. Beliau adalah Puan Suria Mawarni (Oya). Beliau juga aktif menyanyi di majlis-majlis korporat dan majlis-majlis rasmi. Suaranya yang lunak dan merdu dengan iringan Band SAUA telah memukau tetamu yang hadir pada malam itu. 

Peniup Tenor Saxophone saudara Fahrin telah mengiringi perjalanan masuk pengantin sehingga ke pelamin. Majlis ini di akhiri dengan acara Joget lambak. Ramai tetamu yang hadir turut menari dan berjoget bersama. Acara tersebut berlangsung hingga jam 12.00 malam. 

Berikut adalah gambar-gambar ketika majlis berlangsung:









HUBUNGI KAMI SEGERA untuk tempahan:


Comments

Popular posts from this blog

JENIS PERSEMBAHAN YANG DI SEDIAKAN

Persembahan Muzik Asli dan Ghazal SAUA di Majlis Perkahwinan Noraziln Yaakob & Mohammad Iqram Yusoff