Persembahan Muzik Asli dan Ghazal SAUA di Majlis Perkahwinan Noraziln Yaakob & Mohammad Iqram Yusoff
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada musim cuti persekolahan di penghujung tahun 2017, kebiasaannya terdapat banyak majlis-majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada ketika itu. Justeru, cuti pada hujung minggu akan dimanfaatkan dengan memenuhi jemputan undangan ke majlis-majlis perkahwinan. Majlis resepsi diadakan bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan pelanggan. Antaranya adalah di hotel, dewan serbaguna, restoran terkemuka dan di rumah keluarga pengantin sendiri. Untuk makluman, Kumpulan Kesenian SAUA dibawah naungan ZAMZA Productions ada menawarkan pakej persembahan untuk majlis perkahwinan. Kumpulan tersebut dinamakan Muzik Asli dan Ghazal SAUA. Kumpulan Muzik Asli dan Ghazal SAUA telah diundang oleh Tuan Haji Yaakob Bin Puteh dan Hajah Azizah Binti Haji Mohamad Yunos bagi memeriahkan lagi di majlis perkahwinan anak perempuannya iaitu Norazlin Binti Yaakob dengan pasangannya Mohammad Iqram bin Yusoff. Majlis ini telah berlangsung pada 16 Disember