JENIS PERSEMBAHAN YANG DI SEDIAKAN









Deposit 50% dari jumlah bayaran diperlukan untuk setiap tempahan. 


Baki bayaran 50% perlu dijelaskan pada hari persembahan berlangsung . Pihak kami berhak membuat tuntutan berterusan sekiranya baki bayaran tidak dilakukan pada waktu yang ditetapkan mengikut undang-undang.

Sebutharga rasmi akan dihantar ke alamat emel yang diberikan, dan rundingan akan disusuli jika pihak tuan/puan bersetuju. 

 Prioriti (Keutamaan) akan diberikan kepada pelanggan yang terlebih dahulu membuat pembayaran Pendahuluan (Deposit).




HUBUNGI KAMI SEGERA untuk tempahan:




Zamzahardi Mohamad Zambrin
Pengurus Artistik




_____________________________________



CAKLEMPONG










Caklempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Caklempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Caklempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat. Kini kesenian muzik Caklempong telah bertapak di negeri-negeri lain. Kumpulan caklempong ini sesuai di persembahkan untuk acara-acara rasmi, majlis perkahwinan, Sambutan, meniringi pencak silat dan sebagainya. Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan



  • 8 orang ahli muzik Talempong profesional dan penyanyi
  • Alatan Muzik Lengkap,Gertih,Tingkah,Saua,Acordion,Perkusi, Elect Bass,Flute,Violin.
  • Berpakaian Tradisional Melayu Minangkabau/Baju Batik/Baju Silat
  • Pengangkutan ( Ahli Muzik , Alatan Muzik dan teknikal )
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi (Sound System)
  • Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt - 2 jam
  • Sesuai untuk muzik iringan / perasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).
  • Boleh bermain lagu – lagu tradisional ( contoh: Mudiak Arau, Ayam Den Lapeh etc) dan Pop / Modern ( lagu pop barat mengikut kehendak klien)

____________________________________________________________________



MUZIK ASLI DAN GHAZAL 






Ghazal Bermaksud 'Puisi Kasih'. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat. Kini Muzik Ghazal telah tersebar luas di seluruh malaysia. Muzik Asli pula adalah satu kumpulan yang berasal dari kumpulan muzik ronggeng dan muzik Dondang Sayang. Kumpulan ini sesuai untuk muzik iringan / perasmian,Konvokesyen, majlis rasmi, perkahwinan eksklusif, acara pelancaran,acara antarabangsa dan acara-acara rasmi Negara. Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan
  • 6 orang ahli muzik Ghazal profesional
  • 2 orang Penyanyi (lelaki / perempuan) lagu melayu Asli Ghazal
  • Alatan Muzik, Gambus, Violin,Flute, Accordion, Tabla, Darbuka, Elect Bass.
  • Pengangkutan ( Ahli Muzik , Alatan Muzik dan teknikal )
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi (Sound System)
  • Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt - 2 jam
  • Sesuai untuk muzik iringan / perasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).
  • Contoh Repertoire: Seri Mersing, Pak ngah Balik, Siti Payung, Nasib Panjang, Aladom,Mas Merah dan lagu-lagu pop / moden ( Jika di minta )
________________________________________________________________



KUMPULAN ORKESTRA MULTIRACIAL 






Kumpulan Muzik Orkestra ini telah mengunakan peralatan muzik tradisional berbilang kaum. Alat muzik seperti Gambus, Rebana, (Melayu), Sitar,Tabla (India), yanqin, Erhu, Dizi (Cina), Sape (Sarawak). Ia Juga telah di bantu oleh beberapa alat muzik Moden Seperti, Acordion, Keyboard dan Perkusi Barat. Ini telah menjadikan kumpulan menarik dan tersangat unik. Kami boleh memainkan perbagai genre muzik dan  lagu. Kebiasaannya kumpulan ini akan memainkan alat muzik mereka berpandukan notasi atau pun secara by heart. Lagu yang dimainkan akan ditulis gubahan muziknya oleh penggubah profasional untuk sesebuah persembahanKesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan.

  • 8 orang ahli muzik profesional
  • 2 Penyanyi (lelaki / perempuan)
  • Alatan Muzik Lengkap (disediakan)
  • Menggunakan Gambungan Alat Muzik dari pelbagai Kaum dan Ethnic
  • Pengangkutan ( Ahli Muzik , Alatan Muzik dan teknikal)
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi (Sound System)
  • Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt - 2 jam
  • Sesuai untuk muzik iringan / perasmian ( Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi)


_________________________________________________________________


 KUMPULAN KOMBO (LIVE BAND)





Kumpulan Live Band ini kebiasaannya akan memainkan lagu–lagu pop terkini, Jazz, Rock, Blues, 60an dan latin, sama ada dalam bentuk  gubahan muzik yang baru atau pun yang asal. Kesemua Pemuzik berkebolehan bermain alat muzik secara bernotasi dan by heart. Kumpulan Live Band ini biasa mengiringi artis-artis tempatan seperti Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Yusni Hamid, Nassir Wahab, dan ramai lagi. Live band ini sesuai untuk persembahan muzik iringan, perasmian Majlis rasmi, Perkahwinan Eksklusif ,acara pelancaran, acara antarabangsa dan acara-acara RasmiLagu yang dimainkan akan ditulis gubahan muziknya oleh penggubah profasional untuk sesebuah persembahan. Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan dan luar negara.


  • 7 orang ahli muzik profesional
  • 1 Penyanyi (lelaki / perempuan)
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi  dan Backline.
  • Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt - 2 jam
  • Sesuai untuk muzik iringan / perasmian ( Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).


___________________________________________________________________


CAKLEMPONG PACIK






Caklempong pacik adalah satu cara atau teknik permainan caklempong yang mana bonang caklempong itu di pegang dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memalu atau mengetuk bonang yang di pegang itu tadi. Pemuzik caklempong pacik ini tadi akan memainkan rhythm atau pun pettern ritma yang telah di tetapkan bergantung kepada jenis lagu. Ianya akan disusuli dengan gendang tambua dan pupuik sebagai pemain melodi. Caklempong paciak ini kebiasaannya sesuai untuk mengiringi perarakan pengantin, VVIP, tarian dan mengiringi silat.Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan dan luar negara.
  • 6 orang ahli muzik profesional
  • Tiada Penyanyi
  • Jangkamasa Persembahan Bergantung Pada Kehendak Majlis.


_________________________________________________________________________________


 KERONCONG




Memainkan repertoire Keroncong Langgam, Keroncong Asli, Stambul seperti Kuala Lumpur, Bengawan Solo, Sapu Tangan, Sapu Lidi etc. Juga Memainkan repertoire pop barat dengan gubahan muzik keroncong. Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan.

  • 9 orang ahli muzik keroncong profesional
  • 2 Penyanyi ( lelaki / perempuan)
  • Alatan Muzik Lengkap ( disediakan )
  • Pengangkutan ( ahli Muzik, Alatan Muzik dan teknikal)
  • Harga tidak termasuk sistem bunyi ( sound system )
  • Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt - 2 jam
  • Sesuai untuk muzik iringan / perasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).





___________________________________________________________________


POP ORKESTRA



Memainkan lagu – lagu pop , jazz, rock dan contemporary dengan gubahan muzik yang baru. Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan
  • 12 -30 orang ahli muzik profesional
  • 2 orang Penyanyi (jika diperlukan)
  • Alatan Muzik Lengkap (disediakan )
  • Pengangkutan (ahli Muzik dan Alatan Muzik)
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi dan Backline.
  • Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt -2 jam
  • Sesuai untuk muzik iringan / perasmian ( Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).

_____________________________________________________________________________

 KUMPULAN SENI TARI 






Kumpulan Tarian pihak kami, menggunakan penari yang sudah berpengalaman luas didalam industry sejak 10 tahun  yang lalu dan telah mahir dan cekap untuk menghasilkan tarian yang terbaik. Kebanyakan penari yang terlibat untuk kumpulan ini adalah sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan.

Ø  6-8 Orang Penari Profesional
Ø  Jangkamasa Bergantung Pada Kehendak Majlis.
Ø  Sesuai untukperasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).

_________________________________________________________________________________


GAMELAN





Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama alat muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyengat, Riau pada 1811 bagi menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III (1761-1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai ‘Joget Pahang’; malah turut disaksikan oleh Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi tetamu istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah (1882-1914) di Pekan, Pahang pada tahun 1875, seperti yang diceritakan dalam penulisannya berjudul ‘A Malay Nautch’. Antara Alat Muzik gamelan ialah terdiri dari Kromong, Saron Pekin, Saron Baron, Kenong, Gong dan Gendang. Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan.


Ø  6 orang ahli muzik Talempong profesional dan penyanyi
Ø  Alatan Muzik Lengkap (disediakan)
Ø  Pengangkutan ( Ahli Muzik , Alatan Muzik dan teknikal )
Ø  Harga tidak termasuk sistem bunyi ( sound system )
Ø  Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt - 2 jam
Ø  Sesuai untuk muzik iringan / perasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).

Ø  Boleh bermain lagu – Timang Burung,Ayak-ayak, Lonang, Topeng, Muleh, Lambang Sari, dan Sebagainya.

_________________________________________________________________________________

SOUND SYSTEM (PA System)





Pasukan Audio/PA system pihak kami, akan menggunakan tenaga kerja yang sudah berpengalaman luas didalam industry sejak 10 tahun  yang lalu dan telah mahir dan cekap untuk menghasilkan kualiti bunyi yang terbaik. Segala peralatan seperti mixer, Speaker, Mic dan D.I Box akan ditentukan mengikut kesesuaian tempat dan juga jenis persembahan.

Ø  6 orang Pekerja Mahir
Ø  1 Orang Jurutera Bunyi
Ø  Jangkamasa Bergantung Pada Kehendak Majlis.
Ø  Sesuai untuk muzik iringan / perasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).




HUBUNGI KAMI SEGERA untuk tempahan:


Comments

Popular posts from this blog

Persembahan Band SAUA di Majlis Perkahwinan Illa Ainaa & Mohammed Khairul Razin

Persembahan Muzik Asli dan Ghazal SAUA di Majlis Perkahwinan Noraziln Yaakob & Mohammad Iqram Yusoff